Macam-macam cara yang diterapkan oleh rakyat Jepun dalam menarik seberapa ramai pelancong ke negara itu. Dahulu kita pernah baca bagaimana mereka menyediakan surau untuk memudahkah orang islam sembahyang di airport Kansai, kini mereka menyediakan pusat karaoke yang lebih mesra islam.
#Manekineko adalah nama pusat karaoke yang terletak
di tengah bandaraya Tokyo. Daya tarikan utama pusat hiburan ini adalah
premis ini menyediakan layanan mesra kepada orang islam dengan
menyediakan pakej makanan halal dan juga ruangan solat yang selesa dan
bersih.
Jepun menerima sejumlah 350,000 orang pelawat pada tahun 2014 yang
lalu dan sebahagian besar daripadanya adalah kesan peningkatan sebanyak
(42%) daripada Malaysia, dan pengunjung dari Indonesia meningkat
sebanyak 13 peratus.
Berdasarkan statistik tersebut, pemimpin di Jepun menggalakkan
peniaga-peniaga di Jepun supaya menyediakan perkhidmatan yang mesra
dengan kehendak pelancong beragama Islam kerana mereka tahu ramai umat
Islam menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan halal dan ruangan
solat yang terhad.
Dengan kesedaran itu maka pusat karaoke Manekinoko ini dibina dan
beroperasi semenjak akhir tahun lepas. Makanan yang disediakan di sini
turut mendapat kelulusan dan sijil Halal daripada Perbadanan Halal
Malaysia.
Jadi apa tunggu lagi? Jom kita melancong ke Jepun sekarang!!!
Home » isusemasa »
jepun »
tips
» HEBAT!!! 5 Foto Pusat Karok di Jepun yang Pasti Ramai Orang Islam Ke Sana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "HEBAT!!! 5 Foto Pusat Karok di Jepun yang Pasti Ramai Orang Islam Ke Sana"
Post a Comment