"Dia bukan Orang Biasa"-Neelofa

Siapa yang menambat hati si cantik manis ini masih lagi menjadi teka teki.


Sebelum ini, Neelofa pernah dikaitkan dengan kerabat di raja.

“Ini melibatkan pihak lain dan pihak itu pula bukannya orang biasa. Jadi sukar untuk saya bercakap hal ini. Jadi, lebih baik saya mendiamkan diri. Saya juga tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara ini.

“Saya sedar, dalam usia saya yang akan memasuki 26 tahun tidak lama lagi, saya akan terus berdepan dengan persoalan tentang bila nak kahwin. Jadi perkara macam ini tidak dapat dielakkan.

“Bagaimanapun, saya gembira dan tenang dengan kehidupan saya sekarang. Bidang perniagaan yang saya ceburi bersama keluarga juga membuatkan saya gembira sekarang ini,”

Tak kisah la orang tu bukan orang biasa sekalipun. Janji dia seorang yang bertanggungjawab dan mampu membimbing Neelofa dunia dan akhirat.

0 Response to ""Dia bukan Orang Biasa"-Neelofa"

Post a Comment