(TERBARU DAN TAHNIAH) Yana Samsudin Kahwini Fadzil Zahari 13 Februari Ini.

(TERBARU DAN TAHNIAH) Yana Samsudin Kahwini Fadzil Zahari 13 Februari Ini.

#Yana Samsudin bakal mengakhiri zaman gadisnya pada 13 Februari ini. Tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Jejaka bertuah yang bakal bergelar suami kepada yana Samsudin ialah adik kepada #Farid Kamil iaitu fadzil Zahari.

#Yana dan Fadzil mula berpaut hati ketika kali pertama bertentang mata pada tahun 2008 di set penggambaran Rempit V3. Kemudian hubungan mereka semakin rapat selepas hampir setiap hari bertemu ketika penggambaran filem Kongsi. Menariknya Fadzil Zahari pernah menghantar rombongan merisik pada tahun 2010 namun #Yana Samsudin ketika itu masih belum bersedia. Selepas Yana Samsudin melahirkan rasa kesediannya untuk bergelar isteri pada tahun lalu, sekali lagi Fadzil Zahari menghantar rombongan bertunang pada 14 Disember 2014.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 13 Februari di Yong Peng selepas solat Jumaat. 

Ujar Yana :-
Bagaimanapun apabila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama ‘angkat kaki’ kerana terlalu lama menunggu.
Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3. Saya hanya selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui applikasi WhatsApp yang dihantar kakak. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemnu keluarga di Yong Peng.
Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.
Wah lain macam juga kejutan dari #Fadzil nie yer. Lagipun perkenalan mereka telah menjangkau hampir 4 tahun. Memang setia betul Fadzil menunggu Yana nie. 
Apabila kita tengok pasangan nie macam pinang belah 2 kan?
Tambah Yana Lagi :-
Jujurnya saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikarah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang. Saya buat solat istikarah tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup.
Agak lama saya termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat. Lagipun saya kena Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. Beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya.
Tahniah kepada Yana Samsudin dan Fadzil. Kami semua mendoakan agar pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Aminn...

0 Response to "(TERBARU DAN TAHNIAH) Yana Samsudin Kahwini Fadzil Zahari 13 Februari Ini."

Post a Comment