Pelakon dan isteri kepada Yusry Abd Halim, Lisa Surihani secara rasmi mengesahkan dia sudah hamil dan enggan mengulas lanjut dengan panjang lebar berkenaan dengan berapa minggu usia kandungannya.
Bila ditanya kenapa merahsiakan kehamilannya, ini komen beliau,
"Alhamdulilah, saya sudah hamil itu sahaja yang saya boleh bagi komen, saya ikut petua orang-orang tua sebab ianya masih baru dan tak mahu heboh dan besar-besarkan," kata Lisa.
"Saya masih lagi kurang sihat iaitu batuk-batuk dan tak sedap badan, tapi saya rasa kondisi badan saya ini hanya kebetulan dengan kehamilan saya ini," ujarnya.
Tahniah kepada Lisa dan Yusri, selamat datang ke parenthood!!
0 Response to "Lisa Malu Nak Beritahu sudah HAMIL"
Post a Comment