Tahniah kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas
aktres jelita baru sahaja mengesahkan hamil anak sulung menerusi satu
sidang media baru-baru ini.
Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini
didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami
tercinta, Yusry Abdul Halim.
#Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita
ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil di majlis
pelancaran filem Cicakman 3.
Yusry bagaimanapun enggan
berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang
pesanan orang tua-tua.
"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.
Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.
Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."
Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.
"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak
jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan
trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.
Kepada anda yang masih belum lihat, boleh layan DISINI
0 Response to "Eksklusif!! Video Pengakuan Lisa dan Yusry tentang isu HAMIL"
Post a Comment