Anak Sulung Awie Dakwa Rozana Misbun Menipu, Dedah Perkara Sebenar

Anak sulung penyanyi rock terkenal Awie, Puteri Aleeya Antasha baru-baru ini telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media.


Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ dilakukan Rozana.

Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Istagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Menurut Aleeya, kenyataan Rozana boleh dianggap mengarut kerana ia adalah pembohongan semata-mata.

Aleeya berkata, dia sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya  perlu kerana ayahnya tidak bersalah seperti yang ‘dicanang’ Rozana.

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira.



0 Response to "Anak Sulung Awie Dakwa Rozana Misbun Menipu, Dedah Perkara Sebenar"

Post a Comment